i) Topologi fizikal
- merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals) bagi suatu rangkaian
ii) Topologi logikal- merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja
3 jenis topologi fizikal yang utama
Protocol: Token Ring
Kabel: Twisted- pair
3 jenis topologi fizikal yang utama
- Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
- Topologi Bintang (Star)
- Topologi Gelang Token (Token Ring)
i) Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan penyambung `nyawa’ kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam rangkaian ini. Kabel-kabel ini mempunyai satu titik permula serta penutupnya (terminator) yang dipasang pada kedua-dua penghujung awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah komputer peribadi atau komputer pelayan yang dirangkaikan di antara satu sama lain. Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone) secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut.
Kelebihan | Kelemahan |
|
|
Protocol: Ethernet, LocalTalk
Kabel: Coaxial, Twisted- pair, Fiber Optic
ii) Topologi Bintang (Star)
Topologi ini seringkalinya digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-server). Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab.
Kelebihan | Kelemahan |
|
|
Protocol: Ethernet, LocalTalk
Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic
iii) Topologi Gelang Token (Token Ring)
Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya. Di dalam topologi ini, nod serta komputer peribadi yang terdapat pada rangkaian tersebut amat bergantung di antara satu sama lain. Jika sesebuah komputer itu rosak ataupun tidak bermasalah, seluruh rangkaian tersebut tidak akan dapat berfungsi.
Kelebihan | Kelemahan |
|
|
Protocol: Token Ring
Kabel: Twisted- pair

0 comments:
Post a Comment