Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:
- 1. Pengguna dan pelayan (Client-server)
- Pelayan fail (Fail server) - Menyimpan perisian dan data
- Pelayan data (Database server) - Menyimpan data sahaja
- Pelayan cetak (Print server) - Mengawal satu atau lebih pencetak
- Pelayan fax (Fax server) - Menguruskan penghantaran fax
- Pelayan mel (Mail server) - Menguruskan e-mail
- Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating System (NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX.
- Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan
- Semua komponen (client/ network/ server) kerja serentak
- Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh dilakukan
- Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan
- Perlu melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem
- Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan
Kelebihan | Kelemahan |
- 2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer-to-peer)
- Sistem ini tidak melibatkan komputer pelayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windows for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.
- Kosnya rendah, tidak perlu pelayan
- Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer
- Sesuai untuk organisasi yang kecil
- Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi
- Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server
- Lambat berbanding dengan sistem client-server
Kelebihan | Kelemahan |

0 comments:
Post a Comment