Pages

Friday, September 3, 2010

Jenis-jenis LAN

Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:

    1. Pengguna dan pelayan (Client-server)
Terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat (Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi.Jenis-jenis pelayan:
    • Pelayan fail (Fail server) - Menyimpan perisian dan data
    • Pelayan data (Database server) - Menyimpan data sahaja
    • Pelayan cetak (Print server) - Mengawal satu atau lebih pencetak
    • Pelayan fax (Fax server) - Menguruskan penghantaran fax
    • Pelayan mel (Mail server) - Menguruskan e-mail
    Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating System (NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX.
    Kelebihan
    Kelemahan
    • Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan
    • Semua komponen (client/ network/ server) kerja serentak
    • Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh dilakukan
    • Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan
    • Perlu melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem
    • Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan
    2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer-to-peer)
    Sistem ini tidak melibatkan komputer pelayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windows for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.



    Kelebihan
    Kelemahan
    • Kosnya rendah, tidak perlu pelayan
    • Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer
    • Sesuai untuk organisasi yang kecil
    • Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi
    • Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server
    • Lambat berbanding dengan sistem client-server

Thursday, September 2, 2010

Jenis-jenis Topologi Rangkaian

Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan. Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu:
i) Topologi fizikal
-  merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals) bagi suatu rangkaian
ii) Topologi logikal-  merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja


3 jenis topologi fizikal yang utama
  • Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
  • Topologi Bintang (Star)
  • Topologi Gelang Token (Token Ring)
i) Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)

Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan penyambung `nyawa’ kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam rangkaian ini. Kabel-kabel ini mempunyai satu titik permula serta penutupnya (terminator) yang dipasang pada kedua-dua penghujung awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah komputer peribadi atau komputer pelayan yang dirangkaikan di antara satu sama lain. Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone) secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut.




Kelebihan
Kelemahan
  • Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan
  • Sesuai untuk rangkaian yang kecil
  • Topologi ini amat mudah, murah serta senang untuk dikendalikan
  • Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau  mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi
  • Memerlukan terminator untuk kedua- dua hujung kabel tulang belakang
  • Sukar mengesan kerosakan
  • Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN jauh

Protocol: Ethernet, LocalTalk
Kabel: Coaxial, Twisted- pair, Fiber Optic

ii) Topologi Bintang (Star)

Topologi ini seringkalinya digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-server). Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab.







Kelebihan
Kelemahan
  • Mudah dipasang dan dirangkaikan
  • Tidak mengganggu rangkaian semasa penyambungan atau mengalihkan peranti
  • Tiada perlanggaran (collision) data
  • Mudah untuk mengesan kerosakan
  • Mudah dikembangkan
  • Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang
  • Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut gagal untuk menjalankan tugasnya
  • Lebih mahal berbanding dengan linear bus kerana melibatkan kos concentrators yang agak mahal

Protocol: Ethernet, LocalTalk
Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic

iii) Topologi Gelang Token (Token Ring)

Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya. Di dalam topologi ini, nod serta komputer peribadi yang terdapat pada rangkaian tersebut amat bergantung di antara satu sama lain. Jika sesebuah komputer itu rosak ataupun tidak bermasalah, seluruh rangkaian tersebut tidak akan dapat berfungsi.





Kelebihan
Kelemahan
  • Penghantaran data laju
  • Dapat melayan lalu lintas data yang padat
  • Masa untuk mengakses data optimal
  • Tiada perlanggaran (collision) data
  • Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring)
  • Mudah mengesan kecacatan dan kesilapan peralatan dan mudah untuk mengasingkan perkakasan yang berkenaan
  • Jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi
  • Penambahan atau pengurangan terminal sangat sukar
  • Sukar mengesan punca kerosakan
  • Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi bintang


Protocol: Token Ring
Kabel: Twisted- pair



 
Copyright 2010 Knowledge Journal... Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase